Friday, July 03, 2015

Islamiah Fiction: Cahaya Di Langit Eropah (Part II Takdir Yang Diungkap)




‘TAKDIR YANG DIUNGKAP’
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani…
 
Masjid biru masih lagi tersergam indah di bumi Turki. Dengan landskap yang memukau di halamannya, menambahkan lagi tarikan masjid itu kepada setiap pengunjung luar yang berbeza pegangan dan warna kulitnya. Masjid yang tidak pernah lekang dari dikunjungi oleh para muslimin untuk mengerjakan tanggungjawab yang sudah tertulis sekaligus amanah yang menjadi tiang agama seluruh umat manusia.

Maria, seorang jurnalis muda masih lagi duduk pada tempatnya menghadap kiblat di ruang solat masjid kebanggaan rakyat Turki itu. Selesai melaksanakan tanggungjawabnya, dia mencapai beg galasnya lalu mengeluarkan sebuah buku.

“Dracula the Impaler,” dia mengungkap nama tajuk buku itu.
Tergambar kemusykilan di raut wajahnya. Sesuatu menganggu fikirannya apabila dia membuka lembaran helaian muka surat yang pertama, prolog buku itu.
“Huhh” keluhnya perlahan serentak emenyimpan buku itu ke dalam begnya kembali lalu mengeluarkan kamera dan perakam suara. Lantas dia meninggalkan tempat itu menuju ke pintu utama dengan langkah kaki yang pantas sambil menyimpan perakam suaranya tadi di dalam poket jaketnya dan mengantungkan kamera pada bahu kirinya.

Setibanya di halaman luar masjid serta tiupan angin yang meyejukkan lagi cuaca, langkah kakinya yang pantas tadi kian melangkah perlahan. Dia menoleh kembali ke belakang memandang gerbang masuk masjid itu.

Sekuntum senyuman diterimanya dari seorang lelaki yang berada di muka gerbang masuk utama. Ulas bibir lelaki itu terus menguntum senyuman sambil melangkah terus ke hadapan menghampiri Maria yang masih kaku berdiri pada kedudukannya.

Maria mengangguk turut membalas senyuman lelaki itu. Dia mengeluarkan perakam suara dari poketnya lalu ditunjukkan kepada lelaki itu.
Lelaki itu menggeleng sebaik sahaja menghentikan langkah kakinya di hadapan Maria.
“Assalammualaikum Miss Maria,” ucapnya.
“Waalaikumsalam… Mr Aryan,” balas Maria lalu memberi tunduk hormat.
Keduanya dipertemukan kembali setelah lama tidak bersua muka sejak berpisah di Lapangan Terbang Antarabangsa Turki mengikut hala tuju masing-masing. Kini, Masjid Biru itu, menjadi saksi pertemuan semula mereka berdua dengan musim luruh yang menyambut kembali kedatangan mereka di kota penuh bersejarah.


Dua pinggan kebab dan dua gelas Cappuccino Italia dihidangkan di atas meja di hadapan dua tetamu negara kesatuan Eropah itu. Setelah pelayan menghulurkan senyumannya, dia pun berlalu meninggalkan pelanggannya meneruskan tugasnya. Rayyan dan Maria turut membalas senyumannya serentak mengangguk hormat tanda terima kasih.
“How are you?” soal Aryan terlebih dahulu selepas menghirup kopinya.
“I’m fine… how about you?” jawab Maria sekaligus bertanya kepada Aryan pula. Tangannya menggaul perlahan kopi yang masih panas di hadapannya.
Aryan hanya menguntum senyum serentak mengangguk menjwab, “Me too,”.
Maria menghirup minumannya perlahan. Aryan pula menikmati kebabnya.
“Hmmm… its taste good,” puji Maria teruja dengan kenikmatan cappuccino Italianya.
“Of course. Its originally from Turkey,” beritahu Aryan.
“Eh?” Maria kehairanan kembali bertanya, “It is Cappuccino Italia, isn’t it?”
“Yup. Its only the name. Did you know the history behind the coffee?”
Maria menggeleng.
“Coffee is originally from Turkey. Turkish Gavernor of Yemen Ozdemir Pasha found out about a new beverage  in his region. It was made from coffee beans and he then decided to introduce it to the Sultan Sulaiman the Magneficent,”
“So, how its relates to this cappuccino?”
“Turkish coffee travels to Europe. Its was began from Venice first which was the major trading port of Europe. Then… during the battle of Turkey and Austria, the Turkish troops left some bags of coffee beans behind. The Austrians discovered the new beverage. Later on, they developed it to a new blend. And now, its known as cappuccino, special coffee that’s from Italy. Cool, right?”
Aryan mengangkat kening mata kanannya sekaligus menjemput Maria minum cappuccino mereka serentak.
“Oh… I see,” Maria mengangguk lalu menghirup minumannya menyambut jemputan Aryan.


Sekali lagi, langkah kaki jurnalis muda itu menjejakkan kakinya di Bangunan Aya Sofya, muzium kebanggaan rakyat Turki. Aryan hanya menemani menziarahi muzium itu atas permintaan darinya. Hatinya kembali tergerak untuk melawat muzium itu. Seolah-olah, dia ingin mengetahui lebih lanjut sejarah pembukaan muzium itu yang pada dahulunya adalah sebuah katederal umat Kristian lalu dijadikan sebuah masjid untuk umat Islam untuk seluruh rakyat muslim di Turki.

“Al-Fatih. Pembukaan…,” Aryan menarik nafas seketika sebelum menyambung kembali,
“Itulah gelaran yang diberikan kepada baginda, seorang pemimpin yang pernah disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w yang  diriwayatkan oleh Imam Ahmad,”
“Sultan Muhammad Al-Fatih…?” Maria cuba meneka.
Aryan mengangguk.
“Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera,”
“Itulah sabda Rasulullah s.a.w sehinggakan ramai pejuang, tentera dan tokoh Islam mahu memenuhi hadisnya untuk membuka tembok berlapis Konstantinople yang sangat utuh. 800 tahun berlalu setelah zaman para sahabat, akhirnya  Allah s.w.t menzahirkan sabda Baginda s.a.w  melalui Sultan Muhammad Al-Fatih,”
“SubahanAllah, Allah Akhbar,” Maria terkesima dengan kebenaran hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad itu. Tiada apa yang dapat menghalangi apa yang sudah dituliskan oleh Allah s.w.t.. Dan sesungguhnya, Muhammad s.a.w adalah seorang Nabi Allah yang tidak pernah berdusta dalam berkata-kata. Setiap apa yang diungkapkan oleh nya adalah kebenaran melalui wahyu yang disampaikan  oleh Malaikat Jibrail a.s..
Waulahualam.

“Pemimpin yang berwibawa itu, akhirnya membuka Konstantinople ini menjadi sebuah negara Islam yang disegani oleh seluruh benua Eropah. Kedudukannya yang strategik yang mana tembok utuh kota ini iaitu Selat Bosphorus  adalah merupakan laluan utama untuk membuka keseluruhan negara Eropah,” sambung Aryan.

“Berlandaskan syariat cara peperangan yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w, Sultan Muhammad Al-Fatih tidak menghukum pihak musuhnya dengan hukuman bunuh melainkan, dia meminta pihak musuhnya untuk bertenang kerana pada ketika itu, seluruh penduduk di situ ketakutan apabila berhadapan Sultan Muhammad Al-Fatih yang memasuki gereja perlindungan mereka ini. Melihatkan Sultan Muhammad Al-Fatih di muka pintu dengan riak wajah bukan kebengisan sebaliknya kedamaian, dengan serta merta ketakutan hilang dalam diri mereka bahkan ada di kalangan paderi yang terus memeluk Islam. Lantas para pekerja segera menanggalkan unsur-unsur agama kristian di gereja ini, demi memenuhi arahan pemimpin baru mereka untuk menjadikan tempat ini sebuah masjid yang digelar Masjid Aya Sofya,”
Kakinya dan Maria melangkah perlahan-lahan memerhati sekitar ukiran dan perhiasan yang memenuhi muzium yang pernah diambil alih oleh pemimpin Islam yang ditunggu oleh sekalian penjihad di jalan Allah sekian lamanya.
“Bukankah pada zaman sebelumnya, Hagia Sophia ini merupakan sebuah gereja yang dianggap suci oleh Kerajaan Byzantine Maharaja Constantine The Great. Untuk mempertahankannya, rakyat Turki yang pada waktu itu dikuasai oleh umat Kristian Ortodox, telah mempersiapkan bala tentera yang terlatih dan cekap. Bahkan setiap strategi perlaksanaan peperangan sentiasa dalam keadaan bersedia. Justeru bagaimana, Sultan Muhammad Al-Fatih, menaklukinya. Sedangkan pada waktu itu, baginda hanya berusia 21 tahun?”
Persoalan yang menjadi kemusykilan Maria lantas membuatkan Aryan menghentikan langkahnya dari terus mara.
Dia membalas pandangan Maria yang hanya menunggu. Sinis senyuman yang dilemparkannya.
“Umur semuda itu, adakah tidak mencukupi untuk berfikiran matang apalagi menjadi pemimpin untuk tenteranya yang lebih tua darinya?”
Maria menggeleng dan menjawab, “I didn’t meant that. I’m wondering, apakah kehebatan baginda sehingga mampu menakluki seluruh negara Turki bahkan meluaskan penaklukannya sehingga tentera Byzantine tunduk kepadanya.”
“Jadi, maka jadilah ia,”“Itulah  firman Allah s.w.t. apabila Dia mengkehendaki sesuatu,” jawab Aryan dengan penuh tenang. Maria terus berdiri terkaku di hadapan Aryan.
Kemudian menyambung kembali, “Semangat jihad yang kuat yang ada pada pemimpin ini membuatkan semua pengikutnya bersemangat untuk memenuhi hadith Rasulullah s.a.w.. Dan, Allah s.w.t. tidak akan membiarkan hamba-Nya berperang begitu sahaja setelah hamba-Nya sentiasa berzikir dan bertawakal kepada-Nya. Biarpun usianya muda, namun, baginda sudah berpengalaman luas dalam taktik peperangan dan ilmu yang dituntut diamalkan sebaik mungkin.”
Maria menundukkan pandangannya lalu melangkah pergi terus menatap bingkai besar kalimah nama Allah di hadapannya. Baru hendak membuka mulut Aryan untuk menyapanya, Maria terlebih dahulu mengatakan sesuatu yang mengejutkan Aryan,
“Adakah kerakusan Presiden Mustapha Kamal Artartuk juga salah satu daripada apa yang telah tertulis pada kitab Luth Mahfuz-Nya? Kejatuhan pemerintahan Sistem Khalifah adalah kehendak dari Illahi juga?”
Kali ini, mulut Aryan yang terkunci untuk menjawab persoalan Maria.
“Beliau kan, yang menukarkan Turki kepada sebuah negara Republik dan menjadikan bangunan ini sebuah muzium setelah banyak perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh ratusan penjihad?”
Aryan mengangguk.
“Justeru mengapa, Allah s.w.t. membiarkan pemimpin berbangsa Yahudi yang mengaku beragama Islam itu menang?”
“Hah…,” Aryan menghela nafas perlahan.
“Astagfirullahaladzim… Allah mempunyai rancangan-Nya sendiri. Dan Dia adalah sebaik-baik perancang. Yakinlah pada Allah kerana sesungguhnya, rancangan Allah tidak pernah sia-sia,”
Aryan cuba menenangkan Maria.
“Mungkin kita lihat kemenangan Artartuk sehingga kini. Akan tetapi, Islam tidak pernah kalah. Bahkan ia terus berkembang. Sehinggakan, bumi Eropah ini yang dahulunya menganggap Nabi Isa a.s adalah anak Allah s.t., kini meyakini Allah s.w.t. itu Maha Esa… Tidak beranak dan diperanakkan. Islam semakin menerangi dunia Eropah. Biarpun pemimpin itu menyangka dia telah menang, namun ingatlah, kemenangannya sekadar di muka bumi, bukan di akhirat yang selamanya,”
Maria mengucap dan beristighfar. Kata-kata Aryan kembali meyakinkan dirinya akan kekuasaan Allah s.w.t..
Melihatkan Maria mendiamkan dirinya, Aryan menyapanya sekali lagi,
“Would you please to let me to take you to somewhere?”
“Where? For what?”
“I’ll show you later,”
Maria mengangkat keningnya masih ragu-ragu dengan pelawaan sahabat asingnya.
“You can trust me…,” beritahu Aryan dengan senyuman yang takpernah lekang pada ulas bibirnya.


“After defeated and captured  the Byzantine city of Constantinople in 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih then constructs this palace. It is exactly situated in the heart of Constantinople, Topkapy Palace,”
Aryan memperkenalkan sebuah istana besar di hadapan Maria sebaik sahaja tiba di perkarangan istana yang turut menjadi monument bersejarah negara Republik Turki. Istana Topkapy itu dikelilingi tanaman dipenuhi pokok menghiasi setiap penjuru. Sama seperti Bangunan Aya Sofya, Istana Topkopy pada masa kini dijadikan sebagai sebuah muzium buat pengunjung ke negara Turki.
“Originally, this palace known as New Palace. In 19th century, its changed name to Topkapy Palace after the Topkapy gate and shore pavilion, although these no longer exist. Now, this palace is a Museum” beritahu Aryan lagi. Maria hanya mendiamkan diri sebaik sahaja tiba di situ. Dia terus menangkap gambar yang menarik perhatiannya.
“This is the most biggest palace in Turkey. It has so many special things that make this palace looks different than the others. You can see from here, it is located exactly at the most beautiful views of Istanbul, incorporating the Bosphorus, the Golden Horn, the two shores and the Sea of Marmara,” terang Aryan lagi penuh semangat. 
“Speechless…?” ujar Aryan.
Maria berhenti mengambil gambar lalu mengalihkan lensa kameranya menangkap gambar Aryan yang masih kaku berdiri tepat di pintu gerbang utama yang berlapikkan marmar untuk memasuki halaman pertama daripada empat halaman yang terdapat dalam istana yang berkeluasan 700,000 meter.
“What are you doing?” tanya Rayyan tersentak dengan apa yang dilakukan Maria yang secara tiba-tiba itu.
“Trust me…,” jawab Maria lalu melontarkan senyumannya. Rayyan mengangguk membalas senyumannya.
“Tell me more about this,” pinta Maria melihatkan Aryan pula yang mendiamkan diri.
Aryan menarik nafas dalam sebelum dilepaskan semula. Maria ketawa kecil melihat telatah Aryan yang tidak pernah mengerut apalagi memarahinya. Tidak pernah terpancar kejemuan pada lelaki mualaf itu untuk melayan wanita jurnalis muslim itu.
“This Imperial Gate also known as Gate of Sultan. It is covered with marble in 19th century. The massiveness of this stone gate accentuates its defensive character. While the structure at the top is adorned by gilded Ottoman calligraphy with verses from al-Quran and tughras of Sultan Muhammad Al-Fatih and Sultan Abdul Aziz I, who renovated the gate,”
Mereka meneruskan perjalanan lagi memasuki halaman utama (First Courtyard) yang dikelilingi dinding-dinding yang tinggi. Halaman ini turut dikenali sebagai Halaman Perarakan (Court of Janissaries o Parade Court). Ia merupakan halaman dan taman yang paling luas  berbanding tiga halaman yang lain.

Kemudian melalui Gate of Salutation untuk memasuki halaman istana yang kedua (Second Courtyard) yang juga dikenali sbagai Middle Gate. Kedua-dua belah pintu gerbang ini mempunyai dua buah menara besar berbentuk octagon. Di bahagian kedua halaman itu, terdapat Menara Keadilan (Tower of Justice) yang terletak di antara Rumah Agung (Imperial Council) dan Harem.

“Menara ini dibina dengan struktur yang paling tinggi sebagai penanda arah. Ia sudah terbina sejak pemerintahan Sultan Muhammad. Pemimpin ini, sangat teliti dalam banyak perkara terutamanya tentang keadilan. Nah, kerana itulah menara ini berdiri megah di sini sebagai simbol sifat sultan yang menentang ketidakadilan. Bahkan, tingkap emas di Rumah Agung itu, dibiarkan kelihatan dari Menara Keadilan ini menunjukkan kepentingan simbol keadilan yang dimaksudkan,” terang Aryan.
“Dan, dengan kedudukan yang setinggi ini, juga mampu menampakkan kehadiran sultan di mata rakyat. Keadilan yang sama rata,” sokong Maria. Aryan bersetuju.

Memasuki halaman istana yang ketiga (Third Courtyard atau Inner Palace), mereka melalui Pintu Gerbang Kebahagian (Gate of Felicity).  Halaman ini berkedudukan di tengah-tengah kawasan istana. Salah satu bangunan yang terdapat pada ruang ini adalah Galeri Potret (Miniature and Portrait Gallery).

Potret Sultan Muhammad Al-Fatih hasil lukisan pelukis Venetian, Gentile Bellini itu, tergantung kemas di dinding pada salah satu bahagian di dalam galeri itu. Maria terus berhenti dan berdiri menatap potret pemimpin muda yang mempunyai semangat jihad yang amat tinggi itu. Aryan yang berada di hadapan terlebih dahulu, mengundurkan langkahnya kembali mendapatkan Maria.
“Inilah dia Sultan Muhammad Al-Fatih atau lebih dikenali sebagai Sultan Mehmed II. Pemimpin yang menukarkan nama kota ini kepada Islambol…Islam keseluruhannya,” beritahu Aryan sebaik sahaja tiba di situ. Matanya juga menatap potret itu dengan perasaan yang penuh rendah diri. Betapa kerdilnya dia, jika dibandingkan dengan lelaki gagah di dalam potret itu.
“Raut wajahnya menggambarkan semangat jihad yang ada dalam dirinya. Dengan pendiriannya yang penuh keyakinan ini sudah pastinya menggetarkan semangat musuh yang menentangnya. Apalagi serban yang melilit sentiasa di kepalanya, menambahkan semangat para tenteranya untuk turut berjuang bersama pemimpin ini,” ujar Maria.


Laut Marmara terbentang luas di hadapan restoran Grand Kiosk tepat berada di kedudukan meja pilihan Aryan untuknya dan Maria merehatkan diri setelah penat melawati kesulruhan istana mewah kediaman sultan sepanjang pemerintahan Kerajaan Ottoman sejak daripada penaklukan Sultan Muhammad Al-Fatih di bumi Istanbul itu. Kedudukan restoran yang begitu strategik, bukan sahaja dengan pemandangan panorama kebiruan Laut Marmara, bahkan dapat melihat Selat Bosphorus dan sebahagian pemandangan negara Asia yang lain.
“Perubahan demi perubahan berlaku di sekitar kawasan istana ini. Namun, sejarah benar yang berlaku takkan dapat merubah fakta dunia. Kan?” luah Maria selepas menangkap gambar laut biru yang mencuri hatinya untuk mengambilnya sebagai koleksi peribadinya. Dia kembali melabuhkan punggungnya duduk bertentangan dengan Aryan yang sedang melayan i-phonenya.
“Are you listening to me?” soal Maria memandang Aryan.
Lantas dia kembali menyimpan i-phonenya, dan menjawab Maria,
“I am…,”
Maria mengangguk, “Thanks,”
Menghela nafas seketika, Aryan kembali bersuara, “Sejak kemenangannya baginda Sultan Muhammad Al-Fatih menankluki Istanbul ini,sekaligus membawa kemenangan besar buat umat Islam…,”
Aryan terhenti di situ memejamkan matanya. Maria menunggu.
“Namun kebenarannya, diputar belit…?” teka Maria untuk menghabiskan ayat Aryan.
Bebola mata biru kelihatan semula sejurus selepas Aryan kembali membukakan kelopak matanya. Dia mengacipkan ulas bibirnya dan kembali tersenyum hambar mengangguk mengakui tekaan Maria yang tepat.
“Something bothering you…?” tanya Maria.
“No,” pantas Aryan menjawab.
Maria mengangguk. Dia menghentikan perakam suara di sebelah tempatnya meletak kamera, lalu mencapai beg galasnya yang berada di kerusi sebelah kanannya untuk menyimpannya. Melihatkan buku berjudul Dracula di dalamnya, dia terkaku seketika.
“Is everything alright?” ujar Aryan.
Maria tersentak terus menyimpan perakam suaranya dengan tergesa-gesa. Dia mencapai kameranya lalu bangkit dari kerusinya.
“Thanks for today. Thank you…very much for spend your time with me today. And I’m sorry for my suddenly interview,” ucap Maria.
Kehairanan Aryan dengan tindakan Maria tiba-tiba. Dia bingkas bangun dari kerusinya membalas,“It’s okay. You’re welcome,”.
Senyuman menguntum, saling berbalas, Maria terus beredar meninggalkan Aryan.
Aryan membiarkan Maria pergi tanpa menghalanginya biarpun, ada sesuatu yang masih belum dia ingin utarakan. Pandangannya tetap pada Maria sehinggalah Maria keluar dari restoran, hilang ditelan orang ramai.


Maria menggeliat di katilnya setelah menaip artikel temu ramahnya dengan Aryan tanpa sengaja di Masjid Biru siang tadi. Setelah menguap beberapa kali, dia akhirnya mengalah dengan kepenatan yang melanda. Segera dia menyimpan artikelnya dan bersedia untuk disambung semula nanti. Sebelum kembali menyimpan laptop ke dalam begnya, sekali lagi dia terpandang buku yang sama.
“Huhhh,” keluhnya panjang.
Dia membuka rakaman suaranya semula dan mempercepatkannya. Pantas dia menekan butang “playback” apabila satu perbualan mencuri perhatiannya.
Kata-kata Aryan ketika mereka berada di Imperial Council,
“Ottoman Empire was the longest lasting and the largest amongst the other empires. For many hundreds years, peoples of different races and religions were united under its rule. Includes Asian, European and African lands surrounding Maditteranean and the Black Sea. While, Sultan Muhammad Al-Fatih was the 7th leader of the empire. He was trained under Ottoman Turkish military, which was the greatest military in the world at that time,”.
“Ottoman Turkish Military…,” Maria mengulangi perkataan itu setelah mematikan perakam suaranya. Dia cuba mengingati sesuatu.
Lantas dia memetik jarinya,
“Yes! Dracula was also trained under Ottoman Turkish Military!”


“For us, he is the most handsome guy we ever knew,”
“He has brother that was known as Radu the Handsome while himself was Vlad III the Dracula,”
“Blood brother’s is a side story about him,”
“He’s only a myth, right,”
“Dracula doesn’t exist. He’s only a fiction,”
“Who’s killed him? Garlic?”
“He loves blood rather than gold,”
“He was been haunted by wolf,”

Perakam suara terus dimatikan Maria serentak menggelengkan kepalanya. Dia duduk dan berhenti rehat salah sebuah bangku taman itu. Agak kecewa dia apabila meminta pendapat orang ramai mengenai buku yang dibacanya. Ternyata benar sangkaannya. Banyak yang tidak mengetahui kisah benar di sebalik sejarah di zaman Sultan Muhammad Al-Fatih, bahawa, wujudnya seorang Panglima Tentera Salib ditakluki oleh Panglima Islam.

“Romania…,” detik hatinya. Dia menyoal pada dirinya sendiri.
Tiba-tiba, secawan cappuccino panas muncul di hadapannya dihulur seseorang. Dia tersentak dari lamunanya.
Sekuntum senyuman diterima dan salam menyapanya,
“Assalammualaikum…,”
“Waalaikumsalam,” jawabnya.
“Nah…its for you,” ujar Aryan di hadapannya.
Maria menyambutnya, “Thanks…,”
Aryan kemudian melabuhkan punggungnya di bangku sebelah Maria.
“Welcome…,” balas Aryan lalu menghirup minuman miliknya.
“Adakah awak memasang GPS pada saya supaya awak senang untuk mengetahui keberadaan saya?” soal Maria dengan tangan yang masih menggoncang perlahan cappuccino yang masih panas dalam cawan itu sambil memerhati cappuccinonya.
Aryan ketawa kecil mendengar soalannya Maria apalagi bila melihat perlakuan Maria seolah-olah sedang was-was untuk menghirup minuman pemberian darinya.
“Tak nak percayakan saya lagi…?” ujarnya.
Maria berhenti menatap air itu dan menatapnya. Menguntum senyum lalu menghirup minumannya. Aryan menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Maria kembali mendiamkan diri.
“Are you will leave soon?”
Pertanyaan Aryan sedikit mengejutkan Maria.
“What?!”
Aryan mengulangi pertanyaannya.Maria mengangguk.         “When?”
Sekali lagi Maria kehairanan.
“Sorry for a weird question. But, if you don’t mind, I want to take you to a place that are maybe special for you. Before you leave,”
Maria menghirup minumannya tanpa menjawab Aryan.
“I’m serious…,” Aryan bersungguh.
“Thanks for cappuccino…,” ucap Maria lalu bangkit dan segera meninggalkan Aryan.
“What’s wrong with him…?” detik hati kecil Maria terus melangkah.
“Wait…!” panggil Aryan masih tidak berputus asa.
Maria semakin melangkah laju, namun, lama-kelamaan, langkahnya kembali perlahan.
“Astagfirullahaladzim. It must be myself to ask the question.’What’s wrong to yourself, Maria? You won’t  trust him anymore? What was he did?” soalnya pada dirinya sendiri. Dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal terus menoleh ke belakang.
“Forgive me…,” Aryan menundukkan kepalanya tepat ketika Maria menoleh. Maria tersentak dengan kehadiran Aryan yang tiba-tiba sudah berda di situ. Dia mengurut dadanya kerana terkejut.
“No…no…no. Its suppose to be me to apologise,” ujar Maria. Kini, gilirannya yang membuat tunduk meminta maaf kepada Aryan.
“But, its my fault too,” Aryan mengakui. Maria mengacip bibirnya.
“Okay. To be fair, I’ll be going with you. And you…,”
Maria hendak memberi cadangan lantas Aryan menyambung, “I’m sure, you will love that place,”
Maria mengangguk.


Satu bingkai kaca mengandungi sejarah kehidupan Penakluk Konstantinople menjadi perhatian Maria untuk terus melangkah ke tempat lain. Dia membaca kandungannya. Perasaan lega menyelebunginya apabila membaca sejarah yang tidak diubah dan lebih terkesan apabila, ia merupakan sebuah penaklukan yang menjadikan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w satu kenyataan yang benar-benar terjadi.

“Come on. There has something are waiting for you,” panggil Aryan.
“Okay,” jawab Maria sebaik sahaja dia mengangkap gambar di ruang itu termasuk bingkai yang mengandungi bingkisan pemimpin yang dikaguminya.

Tertera nama Abu Ayyub al-Ansari r.a atau nama asalnya Khalid bin Zaid bin Khulaib pada makam di hadapannya. Aryan yang terlebih dahulu berdiri di sisi makam itu sedang membacakan surah al-fatihah untuk disedekahkan kepada sahabat besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah menemui kesyahiddannya itu ketika menyerang kubu Kota Konstantinople.
Selesai giliran Maria yang turut menyedekahkan bacaan al-fatihah, Aryan kembali menjadi ‘pemandu pelancong’nya Maria ke satu lagi makam yang dia maksudkan kepada Maria ketika mengajaknya ke situ.

Maria memandang Aryan yang sudah berada di tepi makam itu. Tertulis nama Sultan Muhammad Al-Fatih, The Conqueror of Constantinople pada makam itu. Aryan mengangguk dan menguntum senyuman kepada Maria yang mulai menampakkan mata yang berkaca.
“Saya harap ini memadai,” ujar Aryan.
Maria cuba menahan tangisannya hanya mampu mengangguk dan tunduk hormat tanda terima kasih yang teramat sangat kepada ‘pemandu’nya. Dia merapatkan lagi kedudukannya kepada makam pemimpin itu lalu bersama-sama Aryan menyedekahkan bacaan al-fatihah.
Sebaik sahaja keduanya selesai urusan di kubah makamnya dua penjuang syahid, Maria kembali menghidupkan perakam suaranya bertanya kepada Aryan,
“Jadi di sinilah letaknya kubu Kota Konstantinople?”
“Oh, kamu tahu?” tanya Aryan bernada sinis berbaur gurauan.
“Tak semestinya, saya tidak mengetahui serba sedikit tentang sejarah perintis dalam pembukaan Kota Konstantinople,” balas Maria.
Aryan menguntum senyum lalu menyambung,
“Ya. Sultan Muhammad Al-Fatih tertarik dengan kisah makam Abu Ayyub al-Ansari r.a yang terletak di luar kubu kota ini lalu memerintahkan supaya dibina masjid di sisi makam sahabat Rasulullah s.a.w. ini,”.
Sama sahaja seperti apa yang telah diriwayatkan Nabi Muhammad s.a.w. kepada pengikutnya mengenai pembukaan Kota Konstantinople, begitulah jua dengan kisah pemakaman Abu Ayyub al-Ansari r.a dalam wasiatnya sebelum menemui syahid,

“Aku mendengar baginda Rasulullah s.a.w. mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan kaki kuda yang membawa sebaik-baik pemimpin yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah disyariatkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.,”

“Sheikh Agha Samsuddin yang memiliki kekaramahan dan keberkatan doa, juga sesuai dengan jalur keturuannya yang sampai kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq a.s. merupakan guru kepada Sultan Muhammad Al-Fatih menunaikan permintaan baginda sultan untuk mengenalpasti kuburnya sahabat baginda Rasulullah s.a.w. itu,”
Aryan menghentikannya di situ apabila jam di tangannya bergetar.
“Sudah menghampiri waktu asar,” ujarnya.
Maria memahami lantas mematikan perakam suaranya.
Belum sempat Maria melangkah pergi,
“Adakah awak memasang talian hayat pada saya supaya senang untuk saya muncul di hadapan awak untuk membantu?” kali ini Aryan pula yang menyoal.
Terkelu lidah Maria untuk mengungkap jawapan. Aryan menunggu sambil mengangkat keningnya seolah-olah mahu membalas seperti apa Maria tanyakan kepadanya di taman tadi.
“Jadi… awak tak ikhlas kongsikan ilmu kepada saya…?” Maria menemui ayat yang sesuai untuk memabalas soalan itu.
Aryan menggarukan kepalanya sebelum menjawab,
“Awak masih tak percayakan saya, nampaknya…,”
Maria terkaku. Aryan menguntum senyumannya lantas berlalu.
Azan kedengaran dilaungkan di masjid bersenibinakan klasik Turkish-Islamic, Masjid Fatih bersebelahan makam perintis dan pembuka Kota Istanbul, Abu Ayyub al-Ansari dan Sultan Muhammad al-Fatih seperti yang pernah disyariatkan nabi Muhammad s.a.w..


Maria duduk di sebuah bangku di atas kapal pelayaran yang dinaikinya menghadap pelabuhan Istanbul bersendirian sambil mendengar muzik melalui i-phonenya sambil tangannya masih lagi memegang kamera untuk menangkap pemandangan yang menarik pandangan matanya. Tanpa mempedulikan orang di sekitarnya, dia memperbetulkan kameranya terlebih dahulu sebelum bangkit dari kerusinya menuju ke penghadang kapal yang mulai meninggalkan pelabuhan.

Masih kelihatan Istanbul dan bangunan bersejarah di sekitarnya dari atas kapal yang berlayar di Laut Hitam dinaiki Maria. Memerhati kawasan sekitar, Maria terus menmfokuskan kanta kameranya menangkap gambar. Lensa kameranya tepat menunjukkan ke arah Aryan yang berdiri di pelabuhan itu sambil melontarkan senyuman kepadanya.
Senyuman yang sama dilemparkan Maria kepada Aryan. Maria memalingkan pandangannya lantas memejamkan matanya mengimbas kembali hari semalam,
“Nah…,” Aryan menghulurkan sekeping sampul surat kepada Maria ketika dua sahabat asing itu menikmati makan malam di salah sebuah restoran terkemuka di Istanbul berdekatan dengan Masjid Fatih.
“What is this?” tanya Maria. Dia seolah-olah meminta kebenaran untuk membuka melihat isi kandungannya. Aryan mengangguk membiarkan.
Sekeping tiket pelayaran di atas kapal merentasi Laut Hitam dari Istanbul menuju ke Romania dikeluarkan Maria dari sampul itu. Maria seakan tidak percaya kembali bertanya,
“Tiket?Pelayaran? Ke Romania?”
Rayyan hanya mengangguk menjawab soalan Maria.
“How do you know I want to go to Romania?” soal Maria. Memang keinginannya untuk menuju ke negara Romania bagi menjejaki kisah Dracula Son of Devil sebenar.
“Mungkin ada satu kisah yang perlu awak ketahui di sana yang punyai kaitan dengan Sultan Muhammad Al-Fatih. It’s only my suggestion for you to go there,” jawab Rayyan bersahaja. Dia mengukir senyuman sebelum menyuap makanan ke mulutnya.
Maria terdiam lalu mengangguk.
“You can trust me…,” ujar Aryan mengingatkan Maria.
Kembali ketawa kecil Maria mengingati masa tersebut. Dia mengelengkan kepalanya dan bertanya pada dirinya sendiri, “Aku masih tidak tahu apa  tujuan-Mu, Ya Allah. Mengirimkan aku lelaki mualaf yang begitu mengetahui sejarah Islam? Mengurniakan aku seorang sahabat yang membantuku dalam karierku? Menghantar aku seorang lelaki yang sentiasa membuatkan aku selesa ketika bersamanya?”
Sementara Aryan yang masih berada di pelabuhan pula, “Mungkin aku tidak mampu untuk memberikan kepercayaanku kepadanya, Ya Allah. Namun, cukuplah dia mempercayai sirah agama-Mu, Ya Allah. Engkau berkatilah perjalanannya dan lindungilah dia sepanjang pengembaraannya,” memohon kepada Allah s.w.t..

“Assalammualaikum…,” ucap Maria kembali menghadap pelabuhan Istanbul kembali.
Seakan mendengar ucapan dari Maria yang semakin kecil pada pandangan matanya, Aryan membalas, “Waalaikumsalam…have a safe journey,”.
“Thanks,” ucap Maria lagi lalu kembali menangkap gambar.
Pelayaran di Laut Hitam kini membawanya ke sebuah Kota Romania untuk menyingkap kisah benar di sebalik kematian Dracula Si Pemenggal yang telah dikalahkan oleh pasukan tentera yang sama membebaskan kota di bawah pengaruh Kristian Ortodox.

*perbetulkan jika saya tersilap…peace!
 

 

















SUMBER :


Gambar: "99 Cahaya di Langit Eropah" screencap (edited by  author, Putri Rafflesia)



 
Assalammualaikum WBT

Seperti posting yang K publish kan diatas, ia merupakan bahagian kedua Fiksyen Islamic Ai chan, Cahaya Di Langit Eropah dengan judul kedua yang bertajuk ‘Takdir Yang Diungkap’.

Untuk menantikan posting yang selanjutnya mengenai sambungan Fiksyen Islamic ini, teruskan mengikuti perkembangan K selanjutnya di entry ini di label (Author, Islamic ) ^_^

Kepada pengunjung semua, selamat menikmati bacaan anda ^_^

Teruskan Berdakwah, Anda Selangkah Menuju Ke Jalan Allah
Untuk Muslimah Yang Tak Pernah Lelah Berdakwah
Merekala Sosok Solehah
Mujahidah Perindu Syurga.




No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad